Variasi Proton Saga FLX

Oleh: MD

Proton Saga generasi kedua pertama kali muncul pada tahun 2008 sebagai Proton Saga BLM, yang kemudianya difaceliftkan menjadi Saga FL dan seterusnya ditambah ciri menjadi Saga FLX, dengan X membawa maksud extra.

Varian Proton Saga FLX cukup meriah seperti executive, special edition (SE), supervalue (SV) dan yang terkini Plus. Saga SV yang dikeluarkan pada 2013 merupakan varian Proton yang paling murah. SV yang bermaksud Super Value dijual pada harga serendah RM33k sahaja, sekaligus menjadikan ia kereta sedan paling murah pada ketika itu.

Penulis sendiri membeli sebuah Saga SV dipertengahan 2015. Sebenarnya kereta yang penulis idamkan adalah Saga Executive kerana ciri-ciri yang lebih banyak seperti bodykit penuh, kerusi kulit, sport rim 14 inchi, exhaust cover dan paling utama didatangi dengan ABS. Namun disebabkan lambat booking dan ketika itu sudah hampir nak raya, Saga Executive sudah habis ditempah dan ura-ura mengatakan ia tidak akan disambung production. Yang tinggal hanyalah Saga SV dan Saga SE.

saga_plus-gallery_exterior-2-201605.ashx

Proton Saga FLX Plus, varian terbaru Saga yang bakal berakhir. Tahun 2016 bakal menyaksikan kehadiran Saga generasi bahru. Harga Plus sama seperti SV tetapi dilengkapi dengan bodykit dan sport rim.

Oleh kerana Saga SE memuatkan enjin 1.6cc, penulis merasakan ia sudah diluar kemampuan dan keperluan penulis ketika itu. Jadi dek kerana tidak mahu dibebani dengan ansuran yang tinggi setiap bulan dan juga sangat tidak berkenan dengan kereta compact seperti Myvi, penulis membuat keputusan untuk membeli Saga SV sahaja.

Satu kelebihan yang penulis nampak pada model SV adalah ia memberi ruang kepada mereka-mereka yang berpendapatan cukup-cukup untuk memiliki kereta. Biarlah tak ada sport rim ataupun bodykit yang membuatkan kereta SV nampak sangat kosong, asalkan ada kereta untuk bergerak sudah memadai. Lagipun aksesori seperti ini semua boleh ditambah kemudian. Tidak lama selepas Raya 2015, Proton umumkan model FLX Plus, yang harganya sama seperti SV tapi dengan ciri tambahan. Adoi, rasa amat terguris hati ini. Tapi apakan daya.

Apa-pun setelah hampir 20,000km, penulis sangat berpuas hati dengan Saga FLX, ride and handlingnya cukup baik. Cume beberapa aspek yang kurang baik seperti bunyi cabin dan CVT yang kuat, bunyi dashboard rattling yang datang dan pergi, dan sistem CVT yang kurang responsive dalam situasi tertentu seta tayar 13-inchi yang kurang stabil bagi kereta sebesar Saga.

Tapi itu semua ini barangkali masalah kecil dan bukannya major, kereta compak lain dalam julat harga yang sama juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi Proton menampakkan kesungguhan mereka dalam memperbaiki kelemahan yang lampau. Deputy CEO Proton sendiri, Dato’ Radzaif Mohamed telah menyatakan dalam satu temuramah bersama PaulTan bahawa Proton sedang fokus dalam mempertingkat kualiti kereta mereka terumata dari segi noise, vibration and harshness (NVH).

Penulis sendiri tidak sabar menantikan kemunculan Saga baru yang dijangka keluar pada hujung 2016. Apa yang pasti Saga generasi ketiga ini sedang giat menjalankan on-road test seperti yang dapat dilihat dari rakaman spyshots yang tersebar. Laman automotif popular juga telah mula menyiarkan rendering gambaran Proton Saga 2016 yang dilakukan oleh Mohd Taufik.

12604648_10201371638690613_4374422110690938240_o-e1453856625540-630x433

12622191_10201371638810616_5127453177166801334_o-e1453857392477-630x387

Rendering Proton Saga generasi ke-3 oleh Mohd Taufik.

Apa yang pasti Proton perlu tingkatkan kualti Saga (yang kini memasuki segemen-A) setanding dengan Proton Iriz yang pada hemat penulis kereta Proton terbaik buat masa kini dengan 5 star ANCAP rating dan kepelbagaian ciri yang menarik.Jadi sama-sama kita nantikan kemunculan Saga baru!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s