Prestasi Proton Saga FLX (CVT)

Oleh: MD

Setelah genap setahun membeli dan menggunakan Saga FLX (2015) serta melalui 3 scheduled services di service center Proton, saya fikir adalah molek untuk saya berkongsi pengalaman dan pendapat berkenaan prestasi kereta serta kelebihan dan kekurangannya juga.

Kelebihan:

  1. Jimat minyak. Pemanduan selama 6 jam (dari Johor ke Ipoh) pada kelajuan 100-110km/hour hanya RM90. Harga minyak ketika itu dalam Rm1.70 se liter.
  2. Rupa Saga FLX pada saya sudah cukup cantik secara keseluruhannya jika hendak dibandingkan dengan model Saga terdahulu.
  3. Ruang dalaman juga simple and nice serta tidak sempit, sesuai untuk mereka yang masih bujang atau pada yang baru berkeluarga. Ruang dalamanya sesuai dengan sifat segment kereta ini iaitu segment-B.
  4. Pemanduan kereta ini juga sangat sedap pada kelajuan yang tinggi, tak ada rasa seperti tengah terbang kerana berat kereta dan berat steering agak seimbang.
  5. Ride and handling kereta ini juga mantap! Saya tak pasti samada Saga FLX ada sentuhan Lotus Ride & Handling atau tidak tapi tetapi saya amat berpuas hati dengan pemanduanya.

Kekurangan:

  1. Door knob kereta ini terasa seperti plastik murah dan agak keras bila buka dan tutup. Tapi jika selalu dibuka tutup ia jadi lembut sikit tapi apapun feel plastik murah tu tetap ada.
  2. Bunyi cabin yang agak kuat, tetapi tidaklah sampai mengganggu perbualan. Hanya terasa bila drive sorang-sorang dan tanpa music. Masalah ini boleh di atasi dengan memasang noise insulation.
  3. Brake kereta ini pada awalnya seperti kurang cengkaman. Ini biasanya mungkin disebabkan disk pad yang masih baru dan perlu sedikit masa untuk season.
  4. Tayar 13-inchi (pada varian SV) juga mungkin memperngaruhi cengakaman tayar kereta. Kombinasi kereta yang besar dengan tayar yang kecil menjadikan cengkaman  tidak begitu baik. Jadi ada baiknya rim ditukar ke 14-inchi dan menggunakan tayar yang sedikit tebal.
  5. Pemanduan sedikit kurang responsive ketika naik bukit dan reverse. Gearbox CVT seolah-olah payah nak operate secara optimum dalam dua keadaan ini.

Kesimpulannya dan tips:

  • Saga FLX versi auto menggunakan gearbox CVT. Sistem gearbox ini berbeza dengan sistem gearbox auto yang umum dan pada saya ia lebih sensitif.  Jadi pengguna harus tahu tips and tricks dalam mengendalikan gearbox auto seperti ni.
  • Secara keseluruahn tiada masalah major yang saya hadapi, hanya masalah-masalah kecil yang sinonim dengan kereta segment-B.
  • Saga bukanlah kereta premium dan spesifikasinya menepati harga yang ditawarkan iaitu dalam 31k-35k bagi enjin 1.3L.
  • Saya suka kereta Saga ini kerana ia sebuah kereta yang simple tanpa teknologi-teknologi yang canggih. Hal ini penting kerana kereta yang terlalu dilengkapi sistem yang canggih akan membebankan kewangan pengguna jika ia rosak. Jadi jika anda pengguna yang simple, Saga FLX adalah pilihan sedan yang baik.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s