Saga 2016: Lebih Umph!

Oleh: MD

Akhirnya Saga baru yang dinanti-nantikan muncul jua. Hanya sebulan lalu kita disajikan dengan Persona 2016, kini Saga 2016 generasi ke-3 menjadi sebutan ramai.

Sekali pandang memang tidak silap lagi Saga 2016 mempunyai rupa bentuk seperti Saga generasi ke-2. Hal ini kerana sememangnya Saga baru menggunakan pelantar (platform) yang sama dengan Saga generasi ke-2 tetapi dengan perubahan yang moderate dibahagian exterior.

01.PNG

Perbandingan Saga generasi ke-3 (kiri) dengan Saga generasi ke-2 (kanan)

Saya sifatkan perubahan ini sebagai moderate changes kerana perubahannya tidak begitu ketara. Contoh klasifikasi heavy changes atau perubahan ketara yang telah Proton lakukan adalah transformasi Accord generasi ke-8 kepada Perdana 2016. Kedua-dua menggunakan pelantar yang sama tapi nampak perubahan besar yang dilakukan oleh Proton dibahagian luar, sehingga penulis beranggapan Perdana 2016 jauh lebih cantik dari Accord generasi-8.

02

Heavy changes pada exterior Perdana 2016 (kanan) berbanding dengan platform asal Honda Accord generasi ke-8 (kiri) yang digunapakai

Namun demikian, nyata Saga 2016 berjaya menambat hati ramai dengan design tepi dan belakang yang mantap. Design hadapan pula mendapat sedikit rungutan, ada yang suka dan ada yang tidak. Penulis rasakan bahagian depan persis Volkswagon Golf dan cantik untuk dipandang. Cuma harus diakui rupa garang yang terdapat pada Saga FL sudah tiada dan digantikan dengan rupa yang lebih alim dan comel yang diserikan dengan misai wak doyok dibahagian bumper. Interior Saga 2016 juga tidak berubah secara drastik, tetapi refinement yang dilakukan adalah memuaskan dan paling penting ‘acceptable’ untuk sebuah kereta segmen-A. Ia tidak langsung nampak murah, tetapi nampak praktikal.

ne1

Cabin Saga 2016 (kiri) yang lebih up berbanding rupa basic pada Saga generasi ke-dua (kanan), dan juga lebih kemas berbanding Bezza (bawah). Sumber gambar: Paultan.org

Perbandingan dengan Bezza

Bezza mempunyai bahagian depan dan belakang yang lawa. Tetapi kecantikkan design bahagian belakang Bezza telah tercemar dengan ketonggekannya. Jadi dalam hal ini penulis nampak sedan keluaran Proton lebih sempurna sifatnya dan nampak gagah dijalan raya. Apa-pun penulis tidak pandang rendah dan berbangga dengan langkah pertama Perodua menghasilkan sedan. Ini langkah pertama bagi Perodua dengan penglibatan anak tempatan dalam design jadi kita seharusnya memberikan sokongan.

e4

Rupa bentuk cabin Bezza jauh lebih cantik daripada Saga. Tetapi kita perlu faham bahawa Bezza merupakan sedan generasi pertama, manakala Saga pula sudah masuk generasi ke-3. Jadi disini Saga sekadar meng-upgrade design mereka dan tidak menampilkan sesuatu yang terlalu baru. Ini sangat menepati tagline Saga 2016 iaitu experience the refinement. Lagipun kos pembangunan Saga yang dikatakan RM150 juta agak terbatas untuk desiger dan engineer Proton untuk melakukan revamp yang ketera.

Dan bercakap soal refinement memang tak dinafikan perubahan ketara yang dilakukan Proton sebenarnya adalah pada pekara-pekara yang tidak kelihatan. Prestasi enjin Saga 2016 kini telah dipertingkat dengan penjimatan minyak sebanyak 11% lebih daripada terdahulu. Bunyi enjin yang lebih senyap dan ciri keselamatan yang telah ditambahkan.  Ride and handling, okey yang itu Proton tetap nombor satu, jadi tak perlu risau.

Di internet orang duk bising-bising compare kehebatan Bezza, Saga dan Persona. Pada penulis tak yah la membuang masa, beli saja mana-mana sedan yang mengujakan hati anda hingga tak boleh tidur malam. Lagipun kereta lain kerenahnya lain, dan in the end cara anda memandu dan menjaga kereta itu yang penting dan akan memastikan kesetiannya kepada anda.

Jadi janganlah jadi budak-budak nak compare timing belt dengan timing chainlah, ataupun compare jumlah bintang ANCAP, kerana sesungguhnya perbezaan sebeginilah yang menjadikan sesebuah produk itu menarik. Jadilah pengguna bijak, bukan pengguna kebanyakkan yang membeli membuta-tuli.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s