Review: The 7 Habits

Antara buku terhebat sepanjang zaman yang penulis benar-benar teruja dengan adalah The 7 Habits of Highly Effective People. Buku ini pertama kali diterbitkan pada 1989 dan isi kandungnya kekal relevan hingga hari ini. Satu perkataan yang sesuai untuk diungkapkan bagi mengambarkan buku self-development ini adalah ianya sebuah buku yang jujur. Penulis akan berbicara dengan ringkas dua konsep penting yang diceritakan oleh Stephen Covey dalam buku ini.

the_7_habits_of_highly_effective_people

 Personality ethic Vs Characteristic ethic

Buku ini menekankan pembangunan character individu melebihi pembangunan personality. Sebagai contoh dalam memberikan senyuman personality ethic mengajar untuk fake a smile demi mencapai tujuan tertentu. Characteristic ethic pula mengajar individu untuk senyum kerana ia adalah sesuatu yang murni dan perbuatan itu dilakukan dengan rela-hati atau ikhlas. Secara mudah, character ethic = bersifat dalaman manakala personality ethic = bersifat luaran. Personality ethic tidak memerlukan masa yang lama dan hasilnya juga cepat. Tetapi characteristic ethic pula memerlukan masa untuk disemai kerana ia banyak berkait dengan jati-diri individu dan worldviewnya.Sebab itu personality ethic jauh lebih popular dan konsep itu sering ditekankan dalam banyak buku. Rata-rata masyarakat mahukan perubahan yang cepat berlaku dalam hidup mereka. Buku ini mengkritik cara tersebut kerana sesuatu yang diusahakan secara mudah  tidak akan kekal. Characteristic ethic pula walaupun membuahkan hasil yang lambat tapi ianya bersifat kekal.

Paradigm shift

Paradigm shift atau anjakan paradigm adalah langkah pertama untuk apa jua perubahan menjadi nyata. Hal ini kerana tindakkan kita dipengaruhi oleh cara-fikir, jadi untuk mengubah sesuatu tindakan ia harus bermula secara inside out. Umpamanaya jika kita rasa malas untuk membuat sesuatu, contohnya bersenam, kita sebenarnya mempunya satu paradigm negative terhadap senaman. Mungkin kita bayangkan senaman dengan situasi penat dan perih, fikiran begini membantutkan usaha untuk bersenam. Tapi seadainya kita ubah paradigm itu dan membayangkan senaman dengan gambaran kesihatan yang baik, stamina yang tinggi dan fizikal yang cantik, maka persepsi kita terhadap senaman berubah dengan mudah.

Jadi itulah sedikit perkongsian dua konsep awal yang ditekankan dalam buku ini yang menjadi asas kepada aturan 7 habits. Mungkin dalam post yang lain penulis akan kupas 7 habits tersebut, tapi buat masa ini penulis mahu menyelami dua konsep ini dahulu. Kepada yang belum pernah membaca buku pergilah cepat membacanya dan ubah hidup anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s