Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Polisi Perumahan Singapura

Oleh:Tajul Rijal Annuar

Beberapa minggu lepas saya ke Singapura, melawat mak-mak saudara saya yang sakit. Sebenarnya, kesemua adik beradik Mak saya kecuali arwah Mak Long adalah warganegara Singapura. Jadi keluarga saya memang biasa sangat ke sana.

Jadi, hari ni saya nak cerita sikit pasal perumahan di Singapura. Sebenarnya, kita ni ada love-hate relationship dengan Singapura.

Pantang kalau kita dengar negara jiran kita lebih dari kita dan Singapura pun macam itu juga. Hahahah.

Walaupun saya ini nasionalis, lagilah tak berapa minat pemerintahan dinasti Lee, tetapi, ada beberapa perkara kita boleh belajar dari mereka!

Ada sesetengah bab mereka berjaya, dan kita tidak. Jadi, kita perlu belajar.

Satu perkara yang menarik dengan Singapura adalah perumahan awamnya. Kalau di Malaysia, rumah awam ini sinonim sebagai rumah kos rendah yang buruk dan tak terjaga.

Apabila ada kemampuan, tak ada yang mahu duduk di rumah awam. Tapi jika ada peluang, semua mahu memiliki rumah awam kerana harganya yang rendah.

Asas Polisi Perumahan Singapura

Di Singapura, perumahan awam di panggil flat HDB. HDB adalah singkatan kepada Housing Development Board, iaitu sebuah badan pengurusan yang membina dan menguruskan perumahan untuk rakyat Singapura.

Kita perlu tahu di Singapura, 80% penduduknya tinggal di perumahan HDB dan cuma 20% yang tinggal di perumahan persendirian (private housing). Bahasa mudahnya, 80% mereka ini tinggal di rumah awam dan 20% dari mereka tinggal di rumah mahal pemaju swasta.

Menarik, kan? Sedangkan di Malaysia, untuk mendapat rumah di bawah program kerajaan, memang kita tahu, amatlah susah sekali.

Polisi perumahan Singapura ini sebenarnya sudah berjalan lama. Tapi ianya menjadi berjaya ketika zaman mendiang Lee Kuan Yew. Pemerintah Singapura meletakkan polisi perumahan rakyat sebagai perkara utama dalam pemerintahan mereka.

Asas untuk polisi perumahan HDB ini sebagaimana dikatakan mendiang Lee Kuan Yew:

“Saya inginkan masyarakat yang memiliki rumah. Saya sudah melihat perbezaan antara rumah kos rendah yang tidak dijaga dengan baik dengan rumah yang pemiliknya berbangga dengan rumahnya. Dan saya yakin, jika setiap keluarga memiliki rumah, negara kita ini akan stabil dan makmur.”

“Saya melihat pengundi terutama di kawasan bandar menentang kerajaan dan saya yakin sepatutnya penghuni rumah menjadi pemilik rumah, dan jika tidak kita tidak akan mengecap kestabilan politik.”

“Matlamat penting saya antara lainnya adalah untuk memberi ‘ekuiti’ terhadap ibu bapa kepada anak-anak lelaki yang berkhidmat di dalam program Khidmat Negara, untuk mempertahankan Singapura. Jika keluarga askar kita tidak memiliki rumah, dia akan berpendapat bahawa dia hanya berjuang mempertahankan kekayaan orang kaya sahaja. Saya percaya perasaan memiliki ini (pemilikan rumah) adalah asas penting dalam masyarakat baru kita yang tidak ada dalam sejarah yang lain.” (Nota: semua pemuda lelaki Singapura wajib menjalani Khidmat Negara).

Polisi perumahan Singapura ini adalah berteraskan aspek berikut:

1. Perumahan sebagai asas kestabilan
2. Mampu milik kepada semua
3. Sekuriti kewangan dan kecukupan ketika pencen
4. Mencapai aspirasi: kualiti dan kepelbagaian
5. Memupuk sifat kekeluargaan yang kuat dan integrasi sosial

Boleh baca lanjut di sini – LKYSchool of Public Policy.

Secara amnya, polisi perumahan Singapura bukan hanya untuk rakyat miskin tetapi untuk semua rakyat sebagai aspek penting dalam menjaga kestabilan negara.

Jenis-jenis flat HDB dan julat harga

Harga bergantung kepada lokasi dan saiz. Secara ringkas, rumah 3 bilik + 1 stor/ bilik kebal (yup, ada bilik kebal kalau kena bom!) dalam julat harga RM250K- RM400K bergantung kepada lokasi.

Gaji graduan sana sama seperti Malaysia (tidak mengambil faktor tukaran mata wang), bermula dari lingkungan SGD2500.

Dan kalau ikut gaji setempat dibandingkan dengan harga rumah mereka, memang sangat mampu untuk beli terutamanya bila kelayakan pembelian lebih diutamakan kepada pasangan berkahwin.

Atas sebab itulah saya pelik bagaimana sepupu saya muda-muda lagi boleh beli rumah.

Konsep Pembinaan Flat HDB

Singapura kan ciput je, sudah tentulah mereka tidak mampu sediakan rumah bertanah. Jadi, flat HDB mereka adalah rumah apartmen.

Biasanya flat HDB didirikan sebagai komuniti satelit yang dibina lengkap dengan kemudahan asas.

Dalam satu komuniti flat HDB, akan turut disediakan sekolah, kemudahan sukan dan riadah, kedai runcit, pusat ibadat , medan selera dan lain-lain kemudahan.

Di setiap apartmen, aras paling bawah dipanggil void space. Ianya adalah ruang komuniti. Tidak ada rumah di aras bawah.

Kalau di sana , saudara mara saya panggil tempat itu kolong. Kolong ini sengaja dibina sebagai ruang untuk komuniti berintegrasi. Ianya boleh diguna dengan izin oleh penduduk sama ada untuk tujuan perkahwinan, kematian dan keramaian.

Di sini saya bawakan gambar flat HDB yang ada.

Apa yang saya faham mengenai polisi perumahan Singapura

Setiap keluarga hanya boleh beli satu sahaja flat HDB.

Satu keluarga hanya boleh memiliki SATU SAHAJA rumah HDB. Tak boleh lebih. Nak beli rumah lain boleh? Boleh beli rumah persendirian iaitu rumah swasta.

Ada had pendapatan untuk pembelian HDB flat?

Ada. Rujuk gambar.

Ada keutamaan kepada golongan tertentu?

Ada. Keutamaan diberikan kepada mereka yang sudah berkahwin dan belum mempunyai rumah lagi.

Selain daripada itu ada banyak lagi sebab anda diberikan keutamaan dan bukan hanya disebabkan pendapatan sahaja.

Tetapi atas sebab keadaan keluarga. Ianya lebih memberikan fokus kepada keadaan keluarga pembeli. Boleh rujuk gambar.

Apa kelayakan am untuk beli rumah HDB?

Rujuk gambar. Secara am, sama sahaja macam rumah di bawah skim kerajaan.

Insentif kerajaan Singapura memudahkan pembelian rumah

Macam Malaysia mereka boleh keluarkan sebahagian CPF (di Malaysia, EPF) untuk membeli rumah. Selain itu ada beberapa diskaun lagi diberi bergantung pada pakej.

Nak tahu lanjut, boleh baca di http://www.hdb.gov.sg/

Sebenarnya, apa yang dibuat oleh kerajaan Singapura adalah menekankan aspek pemilikan rumah. Bagi mereka, terutama parti pemerintah, mereka boleh kalah pilihanraya jika rakyat marah tentang isu pemilikan rumah.

Polisi pemilikan rumah mereka menjaga hak rakyat untuk memilik rumah dan kerajaan sendiri yang mengawal harga rumah.

Apa yang baik daripada polisi ini?

1. Kawalan harga rumah

Rumah HDB dikawal kerajaan. Harganya terkawal. 80% penduduk Singapura tinggal di perumahan HDB.

2. Kawalan pemilikan rumah

Setiap keluarga cuma boleh ada satu sahaja rumah. Jika nak lebih beli dari pemaju swasta yang harganya mahal dan rumahnya mewah. Jadi tak timbul isu rumah dibeli oleh pelabur secara berjemaah dan menzalimi rakyat marhaeeeeeeeeennnnnn (saja tulis macam ni.)

3. Integrasi rakyat

Antara tujuan asas polisi HDB dirangka adalah untuk membina integrasi. Maksudnya dalam satu komuniti, peratusan penduduk mengikut etnik dikawal supaya setiap kaum bercampur dan seimbang. Sebenarnya, kalau dilihat dari sudut lain, ianya juga adalah cara untuk mengawal pengundi.

4. Kemudahan yang sempurna.

Flat HDB dibina mengikut konsep komuniti satelit. Maksudnya dalam satu komuniti HDB mesti lengkap segala kemudahan asas agar tidak sesak dan serabut.

Macam saya cakap tadi, rumah HDB bukan untuk orang miskin sahaja. Tujuannya untuk memberikan perumahan sempurna mampu milik kepada setiap rakyat. Sebagai contoh, rumah sepupu saya kalau di Malaysia adalah setaraf kondo! Lengkap dengan kemudahan setempat dan workmanship yang baik!

5. Menjaga aspek sosial

Salah satu aspek polisi HDB sebenarnya adalah untuk menjaga aspek sosial masyarakat. Contohnya skim 3 generasi adalah khas untuk keluarga yang ada atuk-nenek, ibu ayah dan cucu tinggal serumah.

Rumah HDB jenis ini diberi 2 buah bilik tidur utama dan bersaiz lebih besar. Kenapa? Kerana tujuannya supaya anak-anak menjaga mak ayah mereka!

Perkara Lain Yang Tidak Diambil Kira Tetapi Sangat Penting

1. Singapura ciput je saiz dia.

Ini hujah biasa. Sudah tentu Malaysia lebih besar. Singapura ini lebih sikit je dari Melaka. Sudah tentu Singapura ini ibarat bandar sahaja. Bukannya negara yang besar pun dah lebih mudah untuk membangunkan negara yang bersaiz kecil.

2. Rakyat Singapura tak ramai

Malaysia 30 juta orang bhai. Singapura dalam 5 juta lebih je.

3. GST mereka mahal. Cukai mahal.

Tak silap GST 7%. Tetapi GST mereka banyak dapat balik.

4. Banyak gile nak kena bayar. Macam-macam bayaran ada.

Tempat letak kereta di rumah sendiri pun pakai kupon parking derr.

5. Sistem pengangkutan yang bagus

Sistem pengangkutan punya superb tak payah ada kereta. Jadi tak perlu pun guna gaji guna kereta dan boleh ada simpanan lebih untuk beli rumah.

Dan banyak lagi hujah-hujah lain kita boleh hamburkan.

Apa Malaysia Boleh Belajar

Sekarang ini, masalah perumahan mampu milik betul-betul menghantui rakyat bandar. Rakyat di kampung mungkin kurang terasa sedikit.
Tetapi mereka yang duduk di bandar sangat terasa.

Bukan nak kata apa kerajaan buat sekarang tak baik. Tapi boleh diperbaiki lagi.

Harga rumah di kawasan bandar besar contohnya di Lembah Kelang kadang-kadang tak masuk akal!

Betul, kerajaan ada buat rumah-rumah skim kerajaan seperti PR1MA dan lain-lain. Tetapi jumlah yang ada adalah sedikit berbanding permintaan yang ada. Tanah pula harganya mahal dan ada tanah-tanah yang dimiliki agensi kerajaan dijual kepada pemaju untuk dimajukan.

Di Singapura, Akta Pengambilan Tanah diperkenalkan di mana kerajaan berhak mengambil tanah kerajaan yang ada untuk dimajukan menjadi rumah HDB. Jadi tanah yang ada adalah murah maka mereka boleh menjual kepada rakyat dengan harga lebih murah daripada pasaran!

Tapi, apa pun, kerajaan pun janganlah ingat mereka ni pemaju perumahan. Mengira pada jumlah untung.

Keuntungan itu wajib ada tapi untuk biaya pengurusan. Bukan mengambil langkah seperti pemaju swasta pula. Itulah sebab orang tengok tak ada beza pun harga rumah PR1MA dengan rumah pemaju swasta.

Jadi, cadangannya adalah.

1. Agensi kerajaan yang memiliki tanah yang luas dilarang menjual tanah tersebut kepada pemaju swasta.

Tak kisahlah mana-mana agensi, Baitulmal ke, Zakat ke, Polis ke, atau lain-lain, ada yang memiliki tanah dan kadang-kadang di kawasan-kawasan utama.

Dari segi keuntungan, amatlah berbaloi untuk diberikan kepada swasta. Dan kenapa harga rumah mahal adalah kerana tanah itu mahal.

Tetapi jika agensi kerajaan mahu jualkan pun, perlu ditukarkan dengan nilai sama rata di kawasan penempatan utama. Boleh dapat tanah yang luas dan lebih banyak rumah boleh dibina.

Apabila tanah dapat diperolehi pada harga lebih murah, maka lebih banyak rumah dapat dibina pada harga berpatutan.

Tanah-tanah itu tadi perlu diletakkan di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan dibangunkan oleh SPNB sahaja.

Kesemua bank-bank tanah disatukan dan diletakkan di bawah satu badan. Contohnya, tanah milik Zakat, atau MARA, wajib diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perumahan.

2. Kawalan ketat terhadap permohonan rumah kerajaan.

Berikan keutamaan kepada mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak untuk memiliki rumah. Sebuah keluarga tidak boleh memiliki lebih daripa sebuah rumah kerajaan.

Wujudkan jabatan audit khas untuk memantau pemilikan tanah kerajaan dan pembinaan serta pemilikan rumah kerajaan.

Audit wajib ada supaya ketelusan dalam pengurusan dapat dijamin.

Tidaklah nanti berbunyi pengarah ini ada rumah sekian-sekian banyak padahal tidak layak pun. Orang sebegitu sewajarnya diikat masuk guni dan di campak ke dalam Sungai Kelang je.

3. Untuk meminimumkan kos, boleh laksanakan skim built-to-order.

Sebenarnya sekarang pun sudah ada.

Tetapi mungkin boleh ditambah baik di mana unit-unit rumah dijual dahulu sehingga 70%-80% sebelum mula dibina.

Maka kos permulaan untuk kerajaan keluarkan menjadi kurang kerana sudah dibiayai oleh bank. Aspek teknikalnya boleh dibincang dengan orang lebih pakar.

4. Mudahkan proses pembelian dan pinjaman.

Mudahkan pembelian dan tidak seketat bank. Mudahkan juga pada bahagian bayaran muka dan sebagainya.

Selain daripada langkah-langkah ini banyak lagi cadangan lain boleh dibuat contohnya, perbanyakkan rumah di kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan supaya pembeli tidak perlu memiliki kereta.

Penutup

Ini apa yang saya lihat dan baca serta kaji. Sudah tentu keadaan di Malaysia tidak sama berbanding Singapura.

Sudah tentu kita boleh mengatakan rakyat Malaysia bukan hanya di bandar sahaja. Betul. Saya tidak naïf. Tetapi banyak penambahbaikan yang boleh dibuat jika kita melihat aspek yang boleh digunapakai di sana.

Saya fikir, jika kerajaan sendiri melalui agensi-agensi yang bernaung di bawahnya serta melalui polisi serta akta yang di kawal ketat, rumah mampu milik yang selesa boleh disediakan kepada rakyat dalam jumlah yang sesuai, dan akhirnya, saya yakin, harga pasaran hartanah juga akan jatuh.

Apabila 40%-50% rumah di Lembah Klang adalah daripada projek kerajaan, dengan harga yang mampu milik, sudah pasti permintaan kepada projek perumahan swasta yang tak masuk akal harganya akan terganggu. Ini akan memaksa pemaju untuk bersaing pula dengan harga yang ditawarkan kerajaan.

Dan jika mereka tidak bersaing pun, mereka boleh saja terus membina rumah pada harga mewah kerana segmen pasaran mereka adalah untuk golongan tersebut, tanpa menjejaskan pun permintaan rumah mampu milik oleh rakyat yang lain.

Semoga tulisan saya yang panjang ini memberi impak dan kebaikan untuk Malaysia.

Source: TheVoket (26th April 2017)

Advertisements

Minyak: Banding harga ikut pendapatan

Oleh: A. Kadir Jasin

ULASAN | Sesiapa yang kata murah, tidak bercakap benar atau tidak faham kaitan di antara kuasa membeli (purchasing power) dengan harga pengguna.

Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna.

Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan.

Atas dasar itu, harga bagi banyak barang pengguna di Malaysia mahal berbanding negara kaya.

Ia menjadi lebih mahal apabila nilai ringgit merudum kerana banyak barang yang kita guna, diimport.

Harga seliter petrol RON 95 di negara kita baru naik 20 sen atau hampir 10 peratus kepada RM2.30 pada 1 Februari.

Bagi penduduk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) anggaplah ini hadiah Hari Wilayah daripada menteri anda, Datuk Seri Adnan Mansor.

Per kapita kita rendah

Pada harga itu, petrol di Malaysia lebih mahal daripada Singapura, Australia dan banyak negara kaya di dunia.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia AS$10,878 dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.

endapatan per kapita nominal rakyat Singapura AS$53,053 dan harga minyak dalam dolar Amerika AS$1.44 seliter.

587c17b40b64b6efb5d197b4f382df0c

Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia AS$51,593 dan harga petrol AS$0.83 seliter.

Nak lebih mudah faham, saya katakan macam ini. Pendapatan seorang rakyat Singapura AS$50 dan dia kena bayar AS$1.44 untuk seliter.

Pendapatan seorang rakyat Australia lebih kurang sama dengan Singapura dan dia bayar hanya AS$0.80 seliter.

Tapi seorang rakyat Malaysia yang pendapatannya AS$10 kena bayar AS$0.51 seliter.

Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.

Kalau harga minyak di Singapura 4.9 kali ganda lebih mahal daripada di Malaysia barulah kita kata harga di Singapura mahal dan harga di Malaysia murah.

Beban harga minyak

Jadi berdasarkan pendapatan, rakyat Malaysia terpaksa belanja lebih banyak pendapatan mereka untuk beli petrol berbanding rakyat Singapura dan Australia.

Singapura dan Australia dekat lima kali ganda lebih kaya daripada Malaysia.

Begitu jugalah kalau kita banding dengan banyak negara yang selama ini pemakan dedak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kata harga petrolnya mahal.

Sebenarnya berdasarkan tahap pendapatan per kapita kita, sama ada nominal atau mengikut Pariti Kuasa Membeli (PPP), harga bagi banyak barang pengguna di negara kita lebih mahal daripada Singapura dan negara-negara maju lain.

Maksudnya kalau kita belanja 100 unit mata wang yang serupa untuk membeli-belah di Malaysia, Singapura dan Australia, kita akan dapat lebih banyak barang di Singapura dan Australia.

Tapi kalau kita banding diri kita dengan negara yang lebih rendah pendapatan per kapita macam Indonesia, Filipina dan Thailand, betullah harga petrol kita lebih murah.

Harga minyak mentah di pasaran dunia semakin naik. Itu kita tak nafi. Malah baik untuk kita kerana kita eksport minyak mentah. Tapi kenaikannya tidaklah sampai 9.5 peratus macam kenaikan harga petrol pada 1 Februari lalu.

Alasannya, harga runcit petrol kita bukan berasaskan harga minyak mentah tapi harga minyak yang diproses. Macam-macam pulalah alasan jenis dedak yang digunakan untuk tipu rakyat jelata.

Selain kenaikan harga minyak mentah, kita juga tanggung beban kejatuhan kadar tukaran ringgit. Nilai ringgit sudah merosot lebih 20 peratus berbanding dolar.

Lagipun kita tak boleh banding dengan Singapura. Ia negara kecil. Rakyatnya kurang guna kenderaan sendiri. Mereka guna kenderaan awam. Kalau mereka guna kereta pun, jarak dari satu tempat ke satu tempat tidaklah jauh macam di Malaysia.

Jadi kalau kita kira semua faktor, khususnya tahap pendapatan, kita akan dapati harga petrol di negara kita tidaklah murah malah mahal.

Lagi mahal petrol dan lagi tinggi kos sara hidup lagi ramailah orang yang tak mampu duduk di bandar atau guna kereta. Lagi ramai duduk jauh dari bandar dan guna motosikal lagi ramailah mati atau cedera akibat kemalangan jalan raya.

Itulah yang sudah jadi dengan janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times. Beliau kini adalah ahli majlis tertinggi BERSATU. Artikel ini pertama kali dimuat-naikkan di blognya.

Tulisan ini adalah pandangan dan pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Source: MalaysiaKini (3rd February 2017)

Ringgit and the Malaysian economy

During the Asian financial crisis of 97/98, the Malaysian Ringgit (MYR) fell sharply from 2.50 to 4.57. To mediate the fall, the government at the time decided to peg Ringgit at RM3.80. Pegging has invariably solved the Ringgit from dropping further in value however it has also stagnated its long term value. Meaning if the market is good, Ringgit will not increase in value and similarly if the market is weak Ringgit is not affected either.

In 2005, the government decided to unpegg the Ringgit and let it float, hence its performance has gone up and down based on the market sentiment ever since. The recent drop in petroleum and commodity prices has affected the Malaysian economy and making things worst is the dwindling corruption index of the country which further sways investor’s confidence.

Bank Negara Malaysia (BNM) has always been in the forefront of protecting and cushioning Ringgit from falling drastically. One of the approach used was to buy the Ringgit using their own foreign reserves to increase its demand.

The manufacturing sector is perhaps the most affected industry whenever the Ringgit falls. As Malaysia pushed for industrialization in the 80’s many manufacturing plants (particularly electronic and engineering industries) was setup here to leverage from our cheap and knowledgeable workforce aside from the incentive and infrastructure development provided by the government.However so, most of the components used in the manufacturing are sourced from outside, thus the drop in Ringgit would mean an increase in production cost. To cope with the increasing cost, companies would first reduce their operational cost by shrinking the workforce. When people are out of job, this contributes to a weaker Malaysian economy and soon enough companies would shut down and go elsewhere where the currency is favorable for business.

The drop in Ringgit may not be favorable for imports but is certainly is good for export. Hence that is one of the reason why Ringgit was pegged to RM3.80 against the dollar as this amount seem to be a compromise for both import and export. So although this strategy of pegging worked in the 97/98 crisis, the present government is not inclined to use the same approach to solve the current depreciation of Ringgit. Instead the government via Bank Negara Malaysia is resorting to other strategies that will be discussed in later posts.

As of the writing of this post, the Ringgit stood at RM4.43 against the US dollar.