Menuntut Hutang Bawah RM5000 Melalui Sistem Undang-undang

Oleh: Neux

Selalunya apabila memberikan hutang kepada rakan-rakan, kita menghadapi masalah untuk meminta mereka melunaskan kembali duit yang dipinjam. Sekiranya dahulu kita memberi mereka pinjaman wang atas dasar dan kasihan, apabila meminta kembali kita yang perlu tebal muka meminta dikembalikan semula wang kita berulang-kali.

Lebih malang, rakan kita hanya buat tidak endah, sebaliknya kita pula yang dimarahi. Tahukah anda, sekiranya wang yang dihutang itu berjumlah kurang daripada RM5000, kita masih boleh menggunakan sistem undang-undang yang sedia ada di Malaysia untuk memaksa mereka yang berhutang melunaskan hutang kita?

beri pinjam wang

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menuntut kembali hutang mengikut prosedur mahkamah. Pihak iluminasi.com telah diberikan kebenaran daripada pihak Jumpa di Mahkamah untuk menerbitkan kembali tips dan penulisan asal di laman web kami ini.

1) Pening nak tuntut hutang tidak melebihi RM5,000 tapi tidak mampu mengupah peguam?

2) Jangan risau. Kami bocorkan rahsia bagaimana nak buat 🙂 Sila scroll senyap-senyap!

3) Anda boleh buat prosedur tuntutan kecil di Mahkamah Majistret di kawasan anda. Prosesnya mudah sahaja dan MURAH!

4) Dapatkan borang tuntutan kecil (writ dan pernyataan tuntutan – Borang 198) dari kaunter pendaftaran sivil Mahkamah Majistret.

5) Lengkapkan borang tersebut seperti nama, alamat, jumlah tuntutan, tarikh masa dan asas tuntutan. Tahniah! Anda kini bergelar seorang Plaintif dan orang yang anda hendak tuntut itu adalah Defendan.

6) Failkan 4 salinan borang tersebut di kaunter pendaftaran Mahkamah Majistret. Bayaran fi yang dikenakan cuma RM20 sahaja.

7) Dapatkan resit bayaran dan borang yang telah dicop rasmi oleh Mahkamah. Jika Mahkamah Majistret tersebut mempunyai sistem e-filing, hanya cuma failkan 1 salinan sahaja dan tunggu emel jawapan dari Mahkamah.

8) Serahkan borang tersebut kepada Defendan. Jika diserah secara peribadi, pastikan terdapat tandatangan akuan penerimaan dari Defendan. Kalau Defendan tak nak terima saman anda baling je ke muka dia sambil kenyit mata dan buat flying kiss 😘

9) Boleh juga serahkan melalui pos berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.

10) Selepas serahan pastikan anda kembali ke Mahkamah Majistret dan buat afidavit penyampaian. Failkan di Mahkamah dan bayaran cuma RM8.00 sahaja.

11) Hadir ke Mahkamah pada tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan oleh Puan Majistret itu.

12) Sila bawa semua dokumen asal dan salinan untuk pihak Mahkamah dan juga pihak Defendan. Maka berentaplah dalam Mahkamah tu. Sila rajin sikit tengok series The Firm atau The Suit untuk dapat semangat Harvey Specter.

13) Kalau Plaintif menang, sila failkan penghakiman di kaunter pendaftaran Mahkamah Majistret. Bayaran cuma RM20 sahaja.

Macam mana kalau Defenden masih tidak mahu bayar?

dipenjara

14) Selepas masa diberikan untuk Defendan bayar ganti rugi masih juga tidak berjaya, Plaintif hendaklah ke Mahkamah Majistret dan isi borang Notis Tunjuk Sebab (Borang 208).

15) Lengkapkan borang tersebut dan bayar RM20. Mahkamah akan pulangkan borang tersebut yang telah dicop rasmi.

16) Serahkan Borang 208 ini kepada Defendan tersebut dimana dia harus hadir ke Mahkamah untuk Mahkamah mengakses keupayaan Defendan untuk membayar balik hutang.

17) Mahkamah boleh mengeluarkan arahan untuk Plaintif menyita dan menjual harta Defendan, atau Defendan membuat bayaran ansuran bulanan.

18) Mahkamah juga boleh memerintahkan Defendan dimasukkan ke dalam penjara dengan syarat jika Plaintif bersetuju menanggung kos pemenjaraan (kau kena sponsor dia masuk jail la pulak haih).

19) Jika Defendan masih gagal hadir selepas menerima Borang 208, waran tangkap boleh dikeluarkan.

20) Senang bukan? Kos tidak sampai RM200.

Source: Iluminasi.com

Advertisements

Tips Membaca Artikel Jurnal

Oleh: Mohamad Mahathir Amir Sultan

Proses pengajian akademik tidak pernah terlepas daripada fasa menelaah artikel-artikel jurnal yang berkaitan dengan tajuk dikaji. Proses ini amat penting di dalam memahami konteks dan konsep yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan; tidak kira di peringkat sarjana, kedoktoran atau menjalankan penyelidikan sebagai ahli akademik. Namun begitu, proses ini boleh memakan masa yang lama dan memberikan impak yang kecil jika dijalankan tanpa proses perancangan yang baik. Pemilihan artikel dan kaedah pembacaan yang tidak sesuai merupakan faktor utama menyumbang kepada produktiviti yang rendah.

Proses pembacaan jurnal merupakan satu proses aktif yang memerlukan penyelidik sentiasa memahami, mengkaji dan menghubungkait idea dan dapatan yang dibincangkan. Proses bacaan ini juga melibatkan proses tapisan bahan bacaan yang bergerak serentak, dimana penyelidik mempunyai kebebasan untuk berhenti membaca sekiranya mendapati konteks kajian jurnal tersebut adalah diluar bidang yang menjadi tumpuan penyelidik.

Berikut adalah perkongsian sepuluh tips membaca jurnal mengikut pengalaman dan hasil bacaan saya:

1. Satu artikel jurnal mempunyai beberapa segmen utama iaitu TAJUK, ABSTRACT, PENGENALAN, KAJIAN LITERATUR, KAEDAH PENYELIDIKAN, HASIL PENYELIDIKAN, JADUAL & RAJAH, PERBINCANGAN dan KESIMPULAN. Penyelidik perlu mempunyai idea jelas mengenai maklumat yang dicari kerana ini menjadikan proses pembacaan lebih objektif dan produktif.

2. Proses pembacaan jurnal tidak wajib dilakukan secara kronologi (atau mengikut urutan) segmen, melainkan artikel itu merupakan sangat tepat dan berguna dengan konteks penyelidikan. Pembacaan mengikut kronologi ini mengambil masa yang lama dan memberi impak kecil jika artikel yang dibaca tidak menyumbang banyak kepada konteks kajian yang dijalankan.

3. Proses bacaaan perlu dimulakan dengan TAJUK kerana tajuk memberi gambaran awal mengenai kandungan penulisan dan hubungkait dengan kajian penyelidik. Sekiranya tajuk itu tidak bersesuaian, maka bahan itu boleh diketepikan untuk tujuan penyelidikan ini dahulu.

4. Proses bacaan boleh diteruskan dengan membaca ABSTRAK iaitu rumusan mengenai kajian dan hasil yang ditemui. Ini memberi gambaran sedikit mendalam, ataupun sambungan ‘kisah’ seterusnya daripada TAJUK (point terdahulu) mengenai jurnal tersebut.

5. Selepas itu, saya lebih gemar terus ke KESIMPULAN bagi memahami hasil kajian yang telah dijalankan. Di sini, penyelidik harus sentiasa menghubungkait dengan kajian yang sedang dijalankan.

6. Hasil dapatan jurnal itu boleh difahami melalui pembacaan JADUAL & RAJAH yang dilampirkan kerana ini merupakan rumusan terbaik secara grafik bagi data-data yang dikumpulkan.

7. Selepas itu penyelidik boleh membaca KAJIAN LITERATUR sekiranya berminat untuk memahami hasil kajian yang berkaitan dan mungkin memberi lebih idea mengenai bahan-bahan jurnal yang sesuai untuk dibaca selepas ini.

8. Seterusnya, penyelidik boleh membaca PENGENALAN yang memberikan pendahuluan dan latar belakang kajian jurnal tersebut. Secara kebiasaannya, pengenalan ini sangat asas namun masih sangat membantu secara fundamental.

9. Kemudian, penyelidik boleh kembali kepada HASIL PENYELIDIKAN dan PERBINCANGAN bagi mengkaji hubungkait idea dan ulasan penulis mengenai kajian yang telah dijalankan.

10. KAEDAH PENYELIDIKAN merupakan bahagian terakhir yang saya baca dan hanya dibaca sekiranya kaedah yang dijalankan berkaitan dengan kaedah penyelidikan yang sedang dijalankan. Ini amat penting bagi proses pengulangan kajian atau penambahbaikan kaedah yang sedang dirangka.

Tips-tips yang saya amalkan ini membentuk satu proses pembacaan jurnal secara tersusun dan memudahkan pemahaman saya terhadap manuskrip yang diterbitkan di jurnal mahupun persidangan. Namun, kaedah ini bukan suatu standard dalam proses pembacaan jurnal dan penyelidik sentiasa boleh menambahbaik dalam membentuk kaedah pembacaan yang paling sesuai mengikut keselesaan sendiri. Diharap perkongsian sepuluh tips ini membantu para penyelidik menambahbaik proses pembacaan jurnal disamping meningkatkan produktiviti dalam menjalankan aktiviti penyelidikan.

Penulis merupakan lulusan Sarjana dari UKM dalam pengkhususan Pengurusan Bahan Kimia dan kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.

Source: Majalahsains.com

Beza Mod ‘Udara Dalam’ dan ‘Udara Luar’ dalam A/C Kereta

Oleh: Pandulaju.com.my

KEBANYAKAN sistem penyaman udara (A/C) kereta membenarkan pemandu memilih antara udara sirkulasi ulang (recirculate) dan udara segar dari luar untuk menyejukkan ruang kabin. Namun, masih ramai pemandu tidak tahu apakah perbezaan kedua-dua mod tersebut. Bukankah udara tetap juga udara?

RECIRCULATE LEBIH CEPAT SEJUK

Udara recirculate yang sedia ada dalam kereta boleh membantu menyejukkan ruang dalaman kereta lebih cepat berbanding udara segar dari luar. Mod ini sangat penting apabila memasang A/C ketika cuaca panas, terutama waktu tengah hari. Namun, udara recirculate mempunyai risiko kesihatan jika A/C kereta dalam mod tersebut dibiarkan terpasang untuk jangka masa lama.

Ini kerana udara (atau oksigen) dalam kabin yang disedut dan dilepaskan penumpang adalah sarat dengan kelembapan, termasuk kurang kandungan oksigen. Kesannya, penumpang akan mula rasa pening, atau hilang kepekaan hingga menyebabkan mereka hilang fokus dan kurang cekap memandu dengan selamat.

Malah, dalam situasi tertentu, cermin tingkap boleh berkabus dan situasi berkenaan boleh menjejaskan kejelasan pemanduan.

UDARA LUAR LEBIH SEGAR, SELAMAT

Berbeza pula udara luar yang lebih segar, tinggi kandungan oksigen dan tiada kelembapan daripada penumpang. Namun, memandu dalam bandar sesak yang kerap berhenti dan bergerak, serta sentiasa dikelilingi kenderaan lain, memilih mod udara segar bukanlah tindakan bijak.

Sebabnya, anda akan disuapkan bauan asap dari kenderaan di luar. Kalau tidak percaya, cubalah guna mod udara segar ketika memandu di belakang lori diesel atau bas kilang. Macam hendak pitam dibuatnya.

MANA LEBIH SESUAI?

Ada beberapa situasi memandu yang perlu anda pertimbangkan jika mahu menggunakan salah satu mod A/C berkenaan. Ikuti tip di bawah ini:

1. Jika memandu kereta lama dalam cuaca panas, gunakan mod recirculate hingga ruang kabin mencapai tahap sejuk tertentu sebelum beralih kepada mod udara segar.

2. Jika memandu kereta baharu, anda boleh memilih mod sistem A/C automatik. Ini kerana sensor sistem A/C automatik berfungsi memantau kelembapan dalam kabin, dan paras oksigen, termasuk menyuap udara segar dari luar (jika perlu) untuk memastikan kondisi dalam kabin kekal selamat.

3. Sentiasa gunakan mod recirculate ketika memandu dalam kesesakan trafik teruk.

4. Jika memandu di lebuh raya yang bergerak lancar, tukarlah mod recirculate kepada mod udara segar setiap sejam sekali. Ataupun buka tingkap kereta untuk mendapatkan udara segar.

5. Jika cuaca sejuk, misalnya selepas hujan atau malam, boleh gunakan mod udara segar supaya enjin lebih rileks dan kurang stres.

Source: Pandulaju.com.my (3rd September 2017)

Bukan mudah dapat PhD

Oleh: Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Tulisan Adam Kadir berjudul Pemakaian ‘Dr.’ Perlu Pengiktirafan Rasmi dalam Utusan Malaysia (8 April 2008) ada kebenarannya. Dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi yang meletakkan sasaran 100 ribu pemegang PhD menjelang 2015, maka ramai yang secara tiba-tiba menggunakan gelaran tersebut.

PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learner‘s Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang.

Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut.

Kebanyakan universiti di Malaysia dan United Kingdom misalnya, tempoh minimum pengajian PhD mengambil masa tiga tahun, dan tempoh maksimum enam tahun sekiranya dibuat secara sepenuh masa. Bagi pengajian separuh masa tempoh yang diberi adalah sehingga lapan tahun bagi sesetengah universiti.

Manakala pengajian PhD secara jarak jauh banyak membawa perdebatan yang bersetuju dan ada yang menentang. Ada yang mendakwa mendapat Ijazah PhD dari sebuah universiti terkemuka di luar negara tetapi malangnya, universiti itu tidak diberi pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini kerana, peranan JPA adalah untuk menjaga ‘taraf dan mutu’ sesuatu ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti. Maka tidak hairanlah JPA tidak mengiktiraf sesetengah ijazah walaupun di peringkat Sarjana Muda dengan alasan ia tidak mencapai mutu dan standard yang dikehendaki dalam satu-satu bidang berkenaan.

Dalam menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan ramai pemegang PhD di kalangan pensyarah, sudah tentulah ramai di kalangan kakitangan akademik ‘terpaksa’ menyambung pengajian mereka ke peringkat PhD. Sebagai seorang pensyarah, penulis berpendapat pensyarah yang tidak memiliki Ijazah PhD ‘belum sempurna keilmuannya’ kerana dengan melalui pengajian di peringkat tersebut, seseorang akan didedahkan method pengajian dan penyelidikan yang cukup tinggi nilai, mutu dan standardnya.

Sesebuah tesis yang dihasilkan dalam masa pengajian tiga hingga empat tahun misalnya, akan membuahkan satu teori atau penemuan baru dalam satu-satu bidang. Malah, kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD. Begitu juga, kalau ia tidak membuktikan satu hasil penyelidikan yang tidak ada tolok bandingnya.

Sesebuah tesis PhD akan melalui banyak proses – daripada cadangan (proposal) dan mempertahankan cadangan tersebut (defend proposal) di peringkat universiti yang akan dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut, baik dari segi kandungan dan juga pendekatan methodologi.

Seseorang yang telah melalui pengalaman ini, sudah tentu merasai pahit maung dikritik dan ‘dibelasah’ dalam sesi defend proposal.

Terdapat juga pendekatan upgrading dari M. Phil ke PhD yang diamalkan terutama mereka yang membuat pengajian di United Kingdom. Bagi mereka ini, tempoh setahun hingga setahun setengah merupakan tahun getir kerana tanpa berjaya melalui upgrading ke PhD, seseorang itu dianggap gagal memperolehi ijazah PhD.

Dalam melihat keaslian dan kesahihan penyelidikan yang dibuat, kebanyakan universiti di Malaysia mahupun luar negara mensyaratkan pemeriksaan melalui viva secara oral. Ini bagi memastikan penyelidik tersebut benar-benar ‘mendalami’ hasil kajian yang dibuat dalam tesis PhDnya.

Ia juga bertujuan untuk melihat kesahihan penyelidik tersebut. Maka tohmahan bahawa sesebuah tesis PhD boleh diperolehi melalui upahan akan terjawab dalam proses viva. Ini kerana, kadang-kadang pemeriksa akan bertanya soalan-soalan sampingan yang tiada kaitan dengan kajian tesis PhD tersebut.

Dalam hal ini, penulis banyak melihat kawan-kawan yang sama-sama berjaya memperolehi PhD dan tidak ketinggalan, ramai juga yang gagal. Kalau diambil tempoh pengajian tiga hingga empat tahun untuk tamat pengajian, agak sedikit mereka yang lulus dalam tempoh ini. Ada yang mengambil sehingga 10 tahun untuk tamat pengajian.

Bagi mereka yang gagal, mungkin kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Dalam pengamatan penulis, terdapat kawan-kawan yang rajin dan tekun serta berdisiplin semasa pengajian, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka di mana penyelia meninggal dunia atau bertukar tempat. Maka pengajian PhD itu terbengkalai akibat keadaan itu kerana tiada pensyarah lain yang boleh menyelia tesis tersebut justeru kerana bukan bidang kepakaran atau kemahiran mereka.

Maka, persoalannya, bagaimana tergamak seseorang insan itu sanggup menggelarkan dirinya seorang ‘Dr.’ seandainya beliau tidak melalui proses ‘kepenatan’ dan ‘kesengsaraan’ mental, emosi dan fizikal dalam menyiapkan penyelidikan PhD tersebut.

Seperti yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Kamil Ibrahim dalam bukunya PhD Kecil Tapi Signifikan, UPENA, UiTM (2005), ijazah PhD ialah suatu keperluan akademik yang sangat perlu di universiti seandainya seseorang itu mahu dianggap sebagai seorang scholar.

Beliau menambah, “PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.”

Tambahan pula, “terlalu sedikit yang dapat menyiapkan pengajian mereka tepat mengikut jadual. Apatah lagi untuk mencari mereka yang tamat kurang dari tiga tahun. Ia boleh dibilang dengan jari.”

Demi menjaga mutu dan standard sesebuah ijazah PhD yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti, sudah tentulah tesis itu akan dinilai oleh peers dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum dinilai oleh pihak pemeriksa luar.

Bagi Universiti Malaya sebagai contohnya, amalan sekarang ialah pemeriksa luar bagi tesis PhD mestilah seorang profesor yang memiliki PhD dan disyaratkan mesti dari luar negara. Sudah tentulah proses untuk mendapat ijazah PhD bukannya mudah tetapi semakin susah.

Mengambil kira faktor-faktor di atas, amat wajar saranan Adam Kadir supaya pihak JPA memainkan peranan pengiktirafan sesebuah ijazah PhD walaupun ia datang dari Barat. Ia hendaklah melalui proses pengajian PhD sebenar walaupun ia dibuat secara jarak jauh. Bagi mereka yang suka memakai gelaran ‘Dr.’ walaupun gagal kerana terkandas di tengah jalan, pertanyaan ikhlas penulis ialah, apakah mereka ini tidak merasa malu dan dipandang serong oleh kawan dan orang awam.

Sebagai contoh, memang terdapat mereka yang membuat pengajian PhD di luar negara secara jarak jauh dan tiba-tiba meletakkan nama ‘Dr.’ Apakah mereka ini memang melalui pengajian PhD dalam erti kata sebenar?

Terdapat pensyarah yang gagal memperoleh PhD setelah melalui pengajian sepenuh masa dan kemudian berusaha lagi dengan membuatnya secara jarak jauh. Namun ia tidak diiktiraf oleh universiti berkenaan, maka dengan sendirinya dia rela menerima ‘pelucutan’ penggunaan gelaran ‘Dr.’

Maka penulis mencadangkan supaya pengiktirafan penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah diperketatkan. Pihak JPA hendaklah diberi peranan dalam memberi pengiktirafan tersebut.

Bagi pensyarah di universiti, pengiktirafan ini boleh diturun kuasa oleh JPA kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang kemudian akan memberi pengiktirafan tersebut.

Masalahnya ialah bagi mereka yang bekerja sendiri atau di sektor swasta, gelaran ‘Dr.’ juga mesti dibuat pengiktirafan oleh pihak JPA. Selagi mana pengiktirafan tersebut tidak diperoleh, seseorang individu dilarang sama sekali mengguna gelaran tersebut.

Bagi mereka yang mendapat ijazah PhD dari universiti bagus dan menggunakan gelaran tersebut tanpa pengiktirafan oleh pihak JPA, adalah dicadangkan supaya satu undang-undang mengenai salah laku penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah dibuat demi menjaga kemurnian dan kesarjanaan seseorang yang bergelar ‘Dr.’

Sumber: Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Prophet Muhammad PBUH is “Kalki Avatar” in Hindu Scripture

by: Ahamad Yanuana Samantho

A phamplet containing the following was distributed at a mosque in Chicago recently. Pundit Vedaprakash Upadhyai, a Hindu Professor, in his stunning book claims that the description of the ‘AVATAR”  found in the Holy Books of the Hindu religion, matches the Holy Prophet Muhammed (P.B.U.H.).

Recently in India, a fact-revealing book has been published. The book has been the topic of discussion and gossip all over the country.If the author of this were a Muslim he probably would have been arrested or murdered.

Perhaps all copies of this book would have been confiscated. Maybe, even  a ban would have been extended.  A riot and violence would have broken out against the innocent Muslims and their blood would been shed.

Amazingly the author of this book, Pundit Vedaprakash Upadhyai, is a learned and famous Hindu Professor. The book is called ‘KALKI AVATAR”.  Pundit Vedaprakash Upadhyai is a Hindu Brahmin of Bengali origin. He is a research scholar at the  Allahabad University in India.

After years of research, he published this book and no less than eight pundits have endorsed and certified his points of arguments as authentic.
According to the Hindu belief, the Hindu world awaits “the guide and leader” named “Kalki Avatar”. However, the description as given in the Holy scriptures of the Hinduspoints only to Prophet Muhammed (P.B.U.H.) of Arabia. Therefore, the Hindus of the world should not wait any longer for the arrival of “Kalki Avatar” (the spirit) and should readily accept Prophet
Muhammed (P.B.U.H.) as “Kalki Avatar”.  These are his facts verified and supported by eight other prominent pundits.

What the author says is that Hindus, who are still anxiously awaiting the arrival of Kalki Avatar are simply subjecting themselves to never ending pain. Because, such a great messenger has already arrived and departed from
this world fourteen centuries years ago. The author produces sound evidences from the Vedas and other Holy books of the Hindu religion in support of his claim:-

1. In the Puranas (Hindu Scriptures), it is stated that Kalki Avatar would be the last messenger of God in this world. He would be for the guidance of the whole world and allhuman beings;

2. According to the Hindu religion prediction the birth of Kalki Avatar would take place in an isle, which again according to Hindu religion is Arab region;

3. In the books of the Hindus, the names of the father and the mother of Kalki Avatar are given as VISHNUBHAGAT and SUMAANI respectively.  If we examine the meaning of these names we shall come to some very interesting conclusion.

VISHNU (Meaning GOD) + BHAGAT (Meaning SLAVE) = SLAVE of GOD  = ABDULLAH (In Arabic) is the name of Prophet’s Muhammed’s (P.B.U.H.) father.

SUMAANI (Meaning PEACE and CALMNESS)  =  AMEENAH (Meaning PEACE in Arabic) is the name of the Prophet Muhammed’s (P.B.U.H.) mother.

4. In the religious books of the Hindus, it is mentioned that the staple food of  Kalki Avatar would be dates and olives and he would be the most honest and trustful person in the region.  Without any doubt, Prophet Muhammed is acclaimed to possess these qualities;

5. It is stated in the Vedas (Holy Boook of the Hindu religion) that the birth of Kalki Avatar would take place in an Honourable clan.  This perfectly fits the Quraysh where Prophet Muhammed (P.B.U.H.) belonged to;

6.  God would teach Kalki Avatar through His Messenger (Angel) in a cave. Allah taught Prophet Muhammed (P.B.U.H.) through His Messenger (Angel Gabriel) in a cave known as Ghaar-e-Hira.

7.  God would provide Kalki Avatar with a very speedy horse to ride and travel the world and the seven skies.  Indication of Burraq (the horse)  and Mee’raj (the night when Prophet Muhammed(P.B. U.H.) travelled the seven skies;

8. God would provide Kalki Avatar with Divine Help. This was particularly proved in the “Battle of Uhud”.

9.  Another dazzling account given about Kalki Avatar was that he would be born on the 12th of a month. Prophet Muhammed was born on the 12th of Rabbi-Ul -Awwal  (Hijra Calendar;

10.Kalki Avatar would be an excellent horse rider and swordsman.  The author here draws the attention of the Hindus that the real days of the horses and swords have gone and the present time of guns and missiles.  So it would be foolish on the part of those who still expect Kalki Avatar, who should be an excellent rider and swordsman to come.  In fact, the Divine Book, the Holy Quran, contains qualities and signs attributed to Kalki Avatar reflecting on the Prophet Muhammed (P.B.U.H.).  The Author has given numerous arguments in favour of his claim that Kalki Avatar is in fact  Prophet Muhammed (P.B.U.H.) and those who still await the arrival of Kalki Avatar should not waste time.

Source: https://ahmadsamantho.wordpress.com (2010)

12 Things That Happen to Your Body When You Eat Eggs